Sejarah



Bilik PPDa SK Lesong Batu mula ditubuhkan pada akhir tahun 2010 di mana Bilik Keselamatan telah dijadikan sebagai Bilik PPDa. Pada tahun 2011, kerja penambahbaikan bilik ini telah dijalankan oleh Jawatankuasa PPDa dan dibantu oleh semua guru SKLB. Sumbangan pihak PEMADAM Melaka telah banyak membantu dalam memastikan Bilik PPDa ini lengkap dari semua aspek termasuklah aspek bahan dan sumber serta dalam meningkatkan keceriaan bilik ini.

Pihak AADK turut menyumbang pelbagai poster dan bahan unuk dipamerkan dalam bilik ini. Bilik PPDa SKLB telah dibuka secara rasminya pada bulan Mac 2011 dan menjadi tumpuan murid SKLB. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak PPDa. Contohnya Program 5 Minit Mesej Anti Dadah, melukis poster, mewarna, kuiz, teka silang kata dan lain-lain lagi. Pada tahun 2011, bilik ini telah memenangi naib johan bagi pertandingan Bilik Sumber PPDa Negeri Melaka. Dan pada tahun ini, iaitu tahun 2012, bilik ini akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan.